AKU BAH CIKGU AYUP
KRT 3103 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
Tuesday, 4 December 2012
Saturday, 24 November 2012
RPH DSV TAHUN 3
RANCANGAN PENGAJARAN
DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3
Tahun : 3
Modul : Bidang Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Renjisan dan Percikan
Tema : Objek Buatan Manusia
Tajuk : Penanda Buku
Masa : 60 minit
Jenis-jenis Media : Alat : berus lukisan, palet, berus gigi, dan sikat
Bahan : kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau
cat tempera
Bahan Bantu Mengajar : Contoh corak Renjisan dan Percikan
EMK : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman
bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan
kepelbagaian yang terdapat pada objek buatan
manusia dan karya seni dalam
penghasilan corak menggunakan teknik renjisan dan
percikan.
2. Aplikasi pengetahuan
dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media
dan teknik dalam penghasilan corak untuk dijadikan
penanda buku.
3. Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni
dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni
visual yang ada pada renjisan dan percikan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Jalinan - tampak
2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Harmoni - warna dan jalinan
2.1.2.2 Kepelbagaian - warna
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media,
serta proses dan teknik menggunakan dalam
penghasilan renjisan dan percikan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, berus gigi, palet dan
sikat
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat
poster atau cat tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses
dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - renjisan dan percikan
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman
bahasa seni visual media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
2.3.1 Memilih
dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan
bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan kepelbagaian
dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai
dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan
rakan
LANGKAH-LANGKAH
PENGAJARAN
STANDARAD
PEMBELAJARAN
|
ILUSTRASI
AKTIVITI
|
Persepsi Estetik
à Guru menunjukkan contoh corak yang terhasil daripada
teknik renjisan dan percikan.
à Guru menyatakan definisi renjisan dan percikan.
à Guru membincangkan bahasa seni visual yang ada
pada karya.
|
|
Aplikasi seni
à Guru memperkenalkan media yang digunakan untuk
menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan.
à Guru menunjukkan proses membuat corak teknik
renjisan dan percikan:
Ø menunjuk cara bancuhan warna yang betul.
Ø merenjis warna menggunakan berus pada permukaan
kertas lukisan.
Ø menunjukkan contoh penanda buku yang terhasil
daripada teknik renjisan dan percikan
|
|
Ekspresi kreatif
à Murid menghasilkan corak renjisan dan percikan
mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.
à Murid mengulangi aktiviti renjisan dengan pelbagai
warna sehingga memenuhi permukaan kertas lukisan.
à Murid menghasilkan penanda buku mengikut
kreativiti.
|
|
Apresiasi Seni
à Murid mempamerkan karya yang dihasilkan.
à Murid menghargai dan menceritakan hasil karya
sendiri dan rakan secara lisan.
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)